Dec 23, 2013

Betul ke bohong ?

Apakah orang tua itu lebih baik ilmunya pada satu sudut ?

Ya kerana bagi mereka, mereka terlebih dahulu merasai garam. Rencah kehidupan. Pengalaman. Tapi dari satu sudut cuba kita fikir.

"Ayah, apakah orang tua itu mesti lebih tahu dari anaknya atau mereka yang lebih muda usianya ?"

"Ya, kenapa ?

"Siapa yang menjumpai idea tentang elektrik?"

"Kalau tak salah ayah namanya Thomas Edison"

"Kenapa bukan ayahnya atau orang tua sekelilingnya?"

Dec 16, 2013

Berkhatam


Kiranya seronok sungguh masa tu, aku ingat lagi. Lepas UPSR aku naik ke tanah besar (Kuala Besut) utnuk menjalani kehidupan macam orang bandar. Ada kereta motor, duduk rumah tepi sawah- tak sawah pun, macam padang banyak lalang.

Esoknya pak sedara aku datang depan rumah dah siap dengan kain pelikat dan baju selai. Aku naik hairan, pelik dan sedikit terkesima. Dia suruh aku basuh muka, gosok gigi dan tak payah mandi. Nampak macam dalam kesulitan dan hendak cepat, tapi yang rahsia tetap rahsia. Puas aku membuka semula fail lama dan apa yang sebenarnya sedang berlaku. Tiba tiba terbuka dalam folder baru tiga minggu lalu, perkataan 'bersunat'. Woi !

Aku buat kool je, masa tu aku dah lewat sebenarnya, orang lain seusia dengan aku dah lama sunat. Dah puas tepuk lutuk, katok lutut dengan tempurung. Aku je yang lambat.

Setelah lama dalam bilik bedah, akhirnya aku keluar dengan muka tenang. Tak ada bayang bayang yang hendak aku titiskan air mata. Sangat cool dan berwawasan. Sehari lepas aku bersunat, esoknya terus aku dibawa balik. Rupanya ini adalah secebis konspirasi mak aku dan pak sedara aku.

Nak balik kampung satu hal, nak naik bot. BUkan naik bot tu masalah bagi aku. Tapi memandangkan sudah masuk bulan 12, maka suasana laut pun bertukar masam. Lagi aku kena hadap kemasaman air laut tu dua jam atas bot kayu.

Lebih kurang 2 minggu lepas tu, sudah ada bait bait yang menandakan yang aku dah sembuh. Setelah aku rendam tubuh dalam besen besar bapak. Dalam tu mak aku dah siap sediakakn mandian wap, dan celupan tubuh dalam air panas. Tapi bukan iar panas saja, diletakkan juga serbuk teh (tanpa gula). Dalam air teh o kelat tu aku rendam tubuh dan buang balutan. Perasaan masa tu hanya aku dan Allah Taala saja yang tahu. Macam orang kena tembak masa perang, macam orang patah seribu, sakit bisanya lagi sakit dari orang putus cinta. Haaa, wa cakap lu.

Lepas dah kering semua, adegan yang akan jadi lain dari orang lain ialah proses mencuci 'kuping'. Aku kena mandi air laut, kena mandi. Memang ada la perasaan takut. Takut pedih. Lepas tu ada orang tua cakap, lepas 'kuping' tu semua dah tertanggal. Akan ada ikan ikan kecil datang memakan. Silap hari bulan dia silap makan. Aku dah cuak dan sedikit terkesima. Tapi aku masih cool.

Dalam proses tu semua, petua yang aku paling tak boleh nak diterima akal ialah. Si pesunat tu kena tunjuk kepada orang untuk cepat sembuh dan mengurangkan sakit. Semua orang yang nak tengok aku bagi. Murah betul hati aku masa tu. Tanpa sedikit rasa malu, walaupun sekelumit.

Berbau Shia

Kalau aku baca buku Karl Marx, "Communist Manifesto", adakah jelas aku komunis? Atau lebih manis jika aku kagumi Hitler dan baca buku "Mein Kemph" dan aku juga seorang nazi ?

Maka aku lebih tenang membaca Majalah Anjung Seri.

Wadehel. 21 Tahun

Setelah lama bergelumang dalam dunia romantik dan sedikit muzik. Sekarang aku dah rasa mula hendak berpolitik.


Dec 9, 2013

Beli buku

Hari tu aku pergi Jengka ambil barang yang aku tinggal lepas habis diploma. Baju, buku, kasut dan beberapa barang solek aku. Bila sampai rumah tugas mengemas aku alihkan kepada mak aku selaku orang yang lebih arif dalam bidang kemas mengemas.

" Ni resit apa ?" 

Dia menghulurkan seketika menarik dan membaca. Dia mensepetkan mata seketika terbuntang. "Awak buat apa sampai 200 ni? "

"Beli buku." jawab aku acuh tak acuh.

"Tak payah habiskan duit beli buku, awak baca buku bukan habis"

Aku buat buat sibuk mengemas.


Aku mula

Tengah aku cuba cari ilham, aku dah tahu apa yang aku nak jadi. Aku kena menulis, menulis tentang semua benda yang jadi kat depan mata aku. Best tak best belakang kita, orang nak baca ke tak nak baca itu dia punya fasal. Yang penting kena jujur, bak kat Brader Lobo.

Menulis tak payah bahasa tinggi pun tak apa sebenarnya. Janji ada benda yang kita nak sampaikan dan dengan harapan ia sampai. Sampai. Aku kena mula dari rumah. Aku nak ceritakan tentang kampung aku atau dari tempat aku belajar atau tentang makwe aku yang cun.

Aku dah baca buku KA+WAH tulisan Pipiyapong yang diterbit oleh Sindiket Sol-Jah. Tulisan dia bukan tinggi mana pun, tapi idea power dan kelakar tahap tapir. Itu sebenarnya yang membuatkan aku nak sangat menulis. Cara Indie, santai dan bersahsiah.

Aku pun dah baca buku Pendek Mabuk Gila tulisan AKAB yang diterbitkan oleh NEon Terbit. Penulisan Indie yang berkisarkan tentang kehidupan dia sehari hari. Nothing less, nothing more. Tapi buah fikiran 'deme' hebat la. Tak ada benda yang mengarut sangat dan kena dengan suasana sekarang.

Aku dah mula menulis ni, aku dah mula.

"Akim, tolong mak beli santan" suara dari dapur sayup.

Aku melangkah meninggalkan bilik dengan tulisan yang kabut.

CUMA

Puisi ni aku tulis di jalanan, di Terminal Bas Kuala Terengganu.

......

Aku melihat ramainya orang
bermacam gaya bermacam ragam
kulihat memlalui hati dan lantas terfikir
inilah pengalaman yang aku mahu
tidak mungkin aku akan dapat membayar
terhutang budi kepada manusia
yang memberi aku nilai hidup
dan semangat berbahasa

aku hanya menulis
apa yang terlintas di dalam minda
mengeluarkan dengan sedikit bahasa
yang kupelajari sepanjang umur
usia kurniaan Ilahi

biarpun aku hanya semut
apapun yang aku hajati
tujuanku cuma satu
menilai sikap manusia terhadap Pencipta

Dec 5, 2013

KEBAIKAN MEROKOK



Aku rasa cukup ramai yang tak suka perokok, lebih lebih lagi kaum wanita. Setakat mana kebencian anda terhadap perokok tanpa mengkaji dengan lebih dalam dan serius tentang baik dan buruk tabiat merokok. Meh aku bagitahu.

1. Kebaikan pertama untuk seorang perokok iakah mengelakkan daripada dikesan ninja. Perkara ni bukan olok olok atau loyar buruk, informasi ini aku dapat dari filem Ninja Assassin. Tahu ? Atau buat buat tak tahu. Apa aku kisah.

2. Kebaikan kedua ialah berkenaan dengan kebiasaan perokok. Kalau tadi tentang rokok sekarang tentang mancis. Kalau anda kehutan atau perkhemahan atau lari tika darurat. Perkara yang kedua penting selepas khemah adalah api. Dari mana datangnya api kalau bukan dari mancis. Dan 71.09% kemungkinan orang yang tak merokok akan terlupa membawa mancis. Apa kau nak buat, cari perokok dan minta mancis. Masa tu baru kau tahu keperluan perokok dalam kalangan masyarakat.

Dua isi penting ni sudah cukup dulu, dan mungkin akan aku kupaskan lebih dalam dan gigih di masa akan datang. Nasihat dari aku, jauhkan diri anda dari perokok. Biarkan mereka mati dan merana kerana tabiat mereka. Jangan libatkan anda dalam hal mereka.

Oct 27, 2013

SIAPAKAH AKU DIMATA-MU ?

Awal bismillah pembuka kata
Salam dan selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

SIAPAKAH AKU DIMATA-MU ?

(I)
Termasukkah aku ?

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (QS. Al-Ahzaab: 56)

(II)
Dimanakah kedudukanku ? Disisimu ?

“Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat sepuluh kali untuknya, sepuluh dosanya akan dihapus, dan dia diangkat sepuluh darjat.” (HR.An-Nasai dan Ahmad)

(III)
Masihkah ada ruang untukku ?

“Orang yang paling utama bagiku nanti pada hari kiamat adalah yang paling banyak berselawat kepadaku.” (HR. Tirmidzi)

-Perhentian

Sep 12, 2013

Muzik dan Perang.

Muzik dan perang.

1967 - Era Pop Yeh Yeh telah menular ke seluruh dunia, semua negara menerima baik irama ini sehingga menjadi satu gencatan pembudayaan yang sangat dasyat sehinggakan bangsa India yang paling kuat pegangan budayanya pun tewas. The Beatles, Rolling Stone adalah antara yang paling menonjol.

1970 - Mereka menghantar lagi dengan Hippies / Woodstock, masa ni semua rambut panjang. Seluar pun ketat ketat. Band-band seperti Led Zeppelin, The Byrds, Iron Butterfly mula menceroboh satu satu negara dan pendengaran masayarakat dunia.

1980 - Masuk lagi irama Rock. Semua orang seluar ketat dengan baju serabai. Dengan kasut Aliph dan muzik ini juga diterima baik sehinggakan dikatakan era muzik yang paling menonjol dan dapat diterima sehingga kini. Kesannya kuat semacam kesan candu dan dadah yang disalurkan dalam zaman ini.

1990 - Zaman ini adalah selang masa dimana irama Rap mula dikenakan. Semua pakai seluar besar, baju besar. Menggantung rantai sampai ke paha. Semua kena virus ini. Bukan di Malaysia, tapi seluruh masyarakat dunia terkena tempias ini.

2000-  Masuk era millennium  ni aliran baru diperkenalkan. Indie/ Underground diperkenalkan. Semua tangkap leleh dan lagu pun nak tak nak je nyanyi.

Tahukah anda kerangka masa ini adalah senjata paling mudah dan tidak mematikan nyawa pun. Tapi dicelahan kerangka masa ini adalah detik detik hitam dimana berlaku penindasan ke atas umat Islam di Palestin. Orang dah tak fikir fasal Yahudi, fasal negara Israel yang menyerang Palestin. Semua sibuk dengan muzik. Belum tahan untuk senjata kimia, senjata muzik pun kita dah kalah.

"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu memberitahukan, bahwa sesungguhnya Dia akan mengirim kepada mereka (orang-orang Yahudi) sampai hari kiamat orang-orang yang akan menimpakan kepada mereka azab yang seburuk-buruknya. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksa-Nya, dan sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(QS: Al-A'raf Ayat: 167)


Idea asal : Ustaz Kazim Elias (Bagaimana Yahudi Menipu Kita)

Sep 11, 2013

AKU

Awal bismillah pembuka kata
Salam dan selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

AKU

Tanya hati 
Pada diri
Adakah
Aku 
Akan suka
Aku
Bila hari
Aku jumpa
Aku

- Aku (2013)

Sep 8, 2013

At one point

Salam satu jengka. kah kah kah !

Dari zaman frienster, masuk tagged masuk lagi mesepeh sampailah Mark Zuckerberg ni siap coding untuk pesbuk. Aku tak tahu apa guna media sosial ni. Kau tahu ?

Hari hari update status merapu, lepas tu upload gambar, like gambar makwe cun, cari kawan lama yang terpisah dan cuba-cuba bercinta balik dan macam macam lagi benda bangang yang aku cuba buat.

At one point (*lecturer aku selalu guna) aku terfikir, apa benda media sosial ni ?

Walaupun benda ni dah lama orang buat, tapi tak salah kalau aku baru terfikir. Mungkin ada baiknya kalau aku tulis.

Media sosial untuk sosial, tulis pasal masyarakat. Banyak benda lagi kita kena buat selain upload gambar kat Legoland ataupun Tanah Tinggi Genting. Apa benda idea kau, taknak buat tu belakang cerita.

Taklah rugi sangat masa berejam-jam mengadap komputer selain engkau scrool down, lepas tu tekan home balik dan lima jam pun masih buat benda sama. Tak ke bangang macam tu ?

RUMI ATAU JAWI (I)

Awal bismillah pembuka kata
Salam dan selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

RUMI ATAU JAWI (I)

Gugup perasaan jiwa hamba,
Genggam belati dari kalimah tuhan,
Untuk tanah pusaka bertuankan tua,
Dibalik rimbunan shafa menyimpan rahsia,
Pulangkan kembali.

Tanah gersang menjadi merah hiba,
Sunyi diri sepi tiada jiwa yang hidup,
Pergi secara mistik tanpa bernesan,
Terbau harum dihari pengadilan amal,
Perjuangan hidup masih belum sempurna,

Apakah jawapan diri tika bertemu tuhan ?
Antara maruah dan pengorbanan,
Antara terus berjalan atau dikambus hilang,
Mati satu pilihan; hidup terus berjuang,
Biar panji syiar itu terus dipegang, berkibar megah.

Perasaan makin buntu tanpa haluan,
Malai kerinduaan terus dirintih,
Menitis air mata atas helaian Quran,
Hey, jiwa yang mati, mari
Ini panjinya.

-Tanjung Pura (2013)

Jul 26, 2013

Remaja, meja dan kemeja.

Assalamualaikum...

Amboi, bukan main bangang lagi tajuk entri tu.

Teringat aku zaman kanak kanak bila tengok klip video hitam putih nyanyian Doris Day, Que Sera Sera. 

"When I was just a little girl
I asked my mother
What will I be
Will I be pretty
Will I be rich
Here's what she said to me

Que sera, sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see"



Dulu aku kanak-kanak sekarang aku dah remaja. Muda remaja, gila-gila remaja. Remaja ?

Dimana keluarnya istilah remaja tu sebenarnya? (Aku malas nak ulas pasal perkataan tu mengikut Kamus DBP sebenarnya.)

Seperti yang kita fikir, remaja biasanya golongan pertengahan antara kanak-kanak dan dewasa. Mereka hidup ringkas, dana hidup masih bergantung kepada ibu-bapa dan kehidupan lebih kepada hiburan dan suka-ria.

Pada hakikatnya istilah remaja itu tidak wujud sebenarnya walaupun banyak diperkatan dalam majalah, disebut dalam televisyen atau didengar dalam radio. (Klise pulak, kah kah kah !)

Sebagai contoh bila suatu hari kita masuk dalam taman tema air Sunway Lagoon. Caj bayaran hanyalah dikenakan untuk kanak-kanak dan dewasa. "Remaja berapa ringgit bang? saya ni baru habes SPM." Guide yang menjaga pintu masuk tu mungkin berhenti kerja ataupun minta MC atas pertanyaan itu. Mana ada caj untuk remaja. 

Jadi siapa remaja?

Siapa awak yang nak melabelkan diri sebagai remaja?

Kerana apa aku bersungguh-sungguh sangat nak menulis pasal remaja yang tak berapa penting ni. Aku bosan sebenarnya.

Bila kita fikir kita remaja secara tidak langsung kita fikir banyak masa lagi untuk masuk ke alam dewasa. Banyak masa lagi untuk ber'joli' ataupun jelly. Kita sendiri yang menghadkan pemikiran kita untuk maju. Kita sendiri yang menyekat untuk ditransformasikan diri. Lek lu sap kok lu. Awal lagi nak fikir tu semua. Kita masih remaja.

Masih terlalu awal kau kata ? Kau nak kena lempang ?

Generasi Y tu generasi apa ? Generasi remaja yang lepak di mall ? Generasi yang pandai mengubah motor menjadi jet ? Generasi yang pandai bermain game online melawan musuh maya global ?

Aku rasa dah cukup aku taip sebab aku nak sahur ni. Maksud aku dah tulis, permasalah aku dah tulis, abang jaga gate tu pun dah sihat balik. Untuk penyelesaian sama-sama kita kerjakan.

Sekian dari aku melapor dari Albania.








Jul 24, 2013

Si penjual dan pelelong.

Assalamualaikum

Orang yang jual kat bazzar Ramadhan ni kena tahu beza 'jual' dan 'lelong'. Kami dah kerap makan hati. Petang tadi sengaja kami melewatkan waktu rewang ke bazaar, saja nak mencari makanan paling murah yang dijual dalam sejarah manusia. kah kah kah !

"Lelong lelong ! Ayam golek 15 ringgit !" Aku pandang dari jauh kertas yang tertulis [Ayam Golek = RM 15] . Dah asalnya 15 ringgit cakap biasa sudah. 

Untuk lap yang seterusnya yang aku anggap lap terakhir dalam litar yang tak berapa panjang tu."Dik jual jual, jual ayam golek 10 ringgit." Pulak ! Dah tadi lelong, sekarang jual pula.

Dia trick kami, kami trick balik. Beli kena ada sistem dan secara teorinya kami menang. Sekian

Jul 20, 2013

Balada Pemuzik Jalanan

Assalamualaikum..

Cerita di jalanan, tidak banyak yang aku tahu. Dan aku buntu. Aku nak mengikut mereka berbagi makan pada masyarakat Melayu aku yang tinggal di jalanan. Apalah kiranya makna di sebalik tulisan yang aku tulis sedang aku tidak ada sekali.

Apa yang aku tahu, mereka tidur hanya berselimut embun, sejuk pagi sampai ke tulang sum-sum. Berbumbung kaca langit, memang indah jika berbintang, kalau hujan ? Hanya berlantaikan simen, bangunan usang. Gelap semacam gua.

Berfikir panjang aku nak menulis, bimbang jadi angan yang semacam bermuka muka. Mereka semua turun padang aku dibilik hanya menaip. Dan sebenarnya aku bukanlah siapa siapa atau suatu keperluan. Kalau boleh biar aku menghulur tangan. Aku takut jadi macam hipokrit, terlalu plastik. Sebab aku yang sepatutnya bawa beg plastik. Ini nasi, kita sahur.

Kenapa bila orang nak buat, baru aku sibuk nak menulis. Tak. Aku dah lama nak jadi macam mereka. Turun padang memberi bakti. Mereka macam askar la turun berjuang. Ingat semua orang nak jadi askar ?

Tulis panjang panjang pun bukan ada makna, aku cuma nak jadi macam mereka.

Jul 16, 2013

Usrah dan Ukhwah

Assalamualaikum..

Selamat bersahur, aku baru makan donat dengan teh BOH hijau tadi.

Dua-dua perkataan di atas adalah perkataan arab, aku malas nak huraikan maksud perkataan tu.

Tidak dinafikan mekanisme maya ataupun online pada masa kini adalah salah satu cara berdakwah. Method yang aku rasa paling ringkas untuk menyebarkan ayat. Ia bukanlah hanya berunsurkan kepada info semasa, politik, sukan tetapi juga perkaitan bab agama. Persoalan-persoalan agama di ajukan di dalamnya, perkongsian hal-hal yang berlaku di dunia islam, bicara murabbi-murabbi Islam dan juga bab hadis.

Usrah yang aku faham ialah kumpulan yang berkumpul di tangga masjid, di wakaf dekat masjid, di belakang masjid dan semua perkumpulan yang berlaku di masjid, surau, pesantren dan etcetera. Dalam kalangan mereka berbincang mengenai agama, mengenai persaudaraan, mengenai kasih dan sayang. Aku rasa pemahaman aku terlalu tohor jika dihuraikan lagi ruang lingkup usrah yang sebenarnya. Pada hakikatnya itulah, walaupun usrah itu boleh saja berlaku di mana-mana sahaja hatta di kedai mamak sekalipun.Teh o limau satu ! Kerana kita sinonimnya dengan perkataan arab seperti ini sering kita dilabelkan dengan personaliti berjubah, berserban; golongan tabligh.

Dalam kalangan mereka yang berusrah, ada saja mulut yang menyebut tentang kebesaran Allah, saling mengingati antara satu sama lain. Bicara bicara mereka harusnya menjurus kepada kemaslahatan bersama. Ke arah membina masyarakat, ke arah menyampaikan ilmu dengan kasih, dengan sayang.

Selepas pendahuluan yang panjang lebar dan semestinya senyum Cikgu Amin kalau baca tulisan ni.

Tidak bertemu rasa rindu, bila bertemu jadi sayu.

Apabila usrah ini berlaku, kita dan kita semua akan bertemu. Berpeluk erat, bersalaman, senyum tawa. Disinilah ukhwah itu terjalin, di sinilah kekuatan kita sebenarnya. Dan usrah yang paling berjaya ialah dengan 'bersentuhan bahu' (perbuatan dimana tangan yang menyentuh bahu sambil digosok sambil mata redup memandang dari bawah sambil mulut memberi nasihat ataupun semangat). Power jugak aku bagi imaginasi ringkas.

Disini masing masing bawa masalah harian, bawa pujian, bawa semangat lantas dilontarkan dalam cakap. Dan ini bukan bermaksud usrah di internet itu tidak bagus, tapi untuk keberkesanan dan pertalian itu, bersua muka adalah perlu. Macam berjumpa tika bercinta. Dan seharusnya ia merapatkan ukhwah dalam kalangan kita. Kalau dalam taman universiti, maka di taman universiti, kalau di kolej ataupun kompleks maka di sanalah dan kalau di Permatang maka disanalah akan terjadinya jalinan ukhwah itu.

Itulah serba sedikit teorinya, menulis memang mudah nak melaksanakan itu susah. Jadi gerak ia dengan perlahan lahan. Kerana dunia sekarang sedang menindas Islam. Siapa pemerintah yang ingin menonjol, cepat cepat dihumban, tidak ada suara pada pihak yang benar. Disini kita dapat membina micro-islam. Bergabung bergabung lantas membentuk atom lalu berlakunya mitosis dimana kromosom itu membiak.

Dan aku dah jumpa satu nama kelab yang cute, dan aku tak tahu kalau mana-mana universiti atau badan dah buat benda ni. UUU ( Usrah dan Ukhwah UiTM) ataupun kelab 3U.


Jul 14, 2013

Budak budak zaman sekarang.

Kenapa kita nak salahkan mereka dengan segala masalah sosial dan budaya yang berlaku. Kita yang membesarkan mereka dan kita juga yang perlu mencorakkan mereka.

Jul 9, 2013

KEMUDA dan Boikot Yahudi.

Assalamualaikum..

Pukul 4 semalam aku bertolak ke Kuala Lumpur untuk perbincangan atau perbentangan kerangka KEMUDA yang dikelola penuh oleh Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM). Kami bergerak dengan kekuatan seramai 6 orang berserta seorang pensyarah muda, Ustaz Mutalib. Dan semalam berlaku 'troll' terbesar dalam hidup aku yang mana kami dikhabarkan akan bertemu dengan TPM Malaysia, Datuk Seri Muhiddin Yassin. Semuanya berpakaian batik Terengganu dan bersongkok. Aku tak pakai. Dan apa yang menyedihkan langsung tak nampak kelibat, bayang, bau sekalipun. Kerana kami hanya berbincang di bilik mesyuarat Gerakan Operasi YADIM sahaja. Kah kah kah !

Bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. Setelah dua jam setengah berbincang sampai sakit hidung aku mengadap aircond. Tujuan KEMUDA adalah untuk melahirkan pemimpin muda masa depan yang berjiwa dan beridealisme Islam yang dinamik, progresif dan berwawasan. Selain itu ia juga ia mampu mencanai pemikiran Islam dalam kalangan generasi muda berasaskan prinsip Wasatiyyah dan berteraskan ilmu.

Bukan itu yang aku nak tulis sebenarnya. Begini, dunia Islam bergolak seperti yang kita tahu yang terbaru adalah di Mesir, rakyat bangun menentang pemimpin yang sedia ada. Kenapa berlaku kebejatan politik seperti ini ? Kerana apa ? Di Syria, di Palestin yang telah lama menangis. Si celaka Yahudi makin lama makin melampau. Hendak aku khabarkan di sini bahawa akhbar adalah basi. Kononnya Israel akan membuat rundingan damai dengan Pemimpin Palestin, Hamas dan banyak lagi. Ini retorik bangang yang tak patut diambil peduli. Mereka cuma menyeksa fizikal kaum Islam disana dan kita terus terusan disini berlaku seksaan mental. Melihat gambar saudara seislam kita dibunuh, melihat anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Di Malaysia, hari ini masih beruntung kerana Melayu masih lagi majoriti. Dan kekuatan Islam itu banyak. Maka mereka berkempen lah untuk memboikot barangan Yahudi, mengangkat banner sebesar gajah, menggantung di setiap tiang lampu, di belakang kereta, membuat baju. Kami boikot yahudi ! Berapa lama ia bertahan ? Berapa lama McDonald kosong ? Berapa lama ? Paling lama pun dua minggu, selepas itu boikot dah dihapuskan dari kamus. Dibuang jauh. McDonald kembali penuh, berpusu pusu beratur dan orang yang menggantung banner, mencetak baju mungkin di hadapan sekali.

KEMUDA ini adalah program nasional yang mana seluruh negara terlibat. Di seluruh IPTA/S akan menubuhkan Sahabat YADIM, di MRSM,SBP,SMKA akan menubuhkan Kelab YADIM. Dan ini akan menjadi ukhwah perdana dimana Duta Islam akan dilahirkan. Di setiap zon, negeri, daerah, mahupun dun akan berlaku usrah. Menempatkan sekurangnya 5 orang yang aktif untuk menjadi peneraju utama kegiatan Islam di tempat masing masing.

Perkara yang aku bebelkan sebenarnya aku himpun disini. Kita tiada ukhwah. Untuk menumbangkan yahudi, Rasulullah SAW telah membuat boikot ekonomi pada zaman baginda. Mereka menyuruh seluruh umat islam pada waktu itu untuk mengikut method ataupun cara baginda. Ukhwah, ukhwah dan ukhwah. Satukan seluruh umat Islam di Malaysia. Dan boikot, boikot, boikot. Kerajaan pula ambil inisiatif untuk membeli sahan Carefour, Giant dan menghalau yahudi itu balik. Nampak macam mudah, tak sebenarnya. Masing masing kena ambil 'port'.

Sekian. Nak boikot mesti ikut cara Rasulullah.



Jun 24, 2013

Otak di Lutut

Assalamualaikum ya sahabat.

Terus kepada isi-isi penting tanpa pendahuluan yang dianggap sangat penting oleh Cikgu Muhaimin atau Cikgu Amin. Sedang aku mengalih air mineral kat Kota Gelangi bersama adik adik Tunas Bakti. Kepala lutut aku tiba tiba terfikir sesuatu yang aku rasa sangat 'gebang' dan 'poyo'. Aku yang serba daif; agama mahupun seni ni kononnya nak buka kelas teater untuk adik adik Tunas Bakti ataupun Baitul Husna. 

Dah lama sebenarnya aku terfikir dari lutut yang kian lama kian bergoyang 'ni. Idea 'tu timbul lepas aku tengok filem Gadoh. Watak Namron sebagai Azman, seorang aktivis teater. Aku cukup tertarik dengan pembawakan watak Azman, sambil kepala lutut aku berkata " Ya inilah yang sepatutnya aku buat"

Aku nak kembangkan kerja ini ke atas adik adik yang tengah berkembang mindanya. Walaupun aku 'tak ada 'basic' ataupun penglibatan secara langsung dengan bidang ini. Tapi sedikit sebanyak perjalanan itu aku tahu. Abang Sabri Yunus, seorang pelawak, pelakon, penyanyi, penyair, dan banyak pe- lagi. Dia cuba mengalihkan teater Hari-hari Terakhir Seorang Seniman ke dalam layar. Perkara ini menambahkan lagi getaran pada kepala lutut aku. "Woi, aku pun nak jugak".

Dari semasa ke semasa, lutut aku kian lama kian hambar. Semakin lemah dia bermimpi. Semakin mimpi hampir ia menjadi hampa; hampas. Sehinggalah aku jumpa seseorang yang kuanggap bintang, bintang yang paling terang dalam banyak bintang. Bahasanya kuterima saja tanpa bersoal, ideanya kukupas semacam telur rebus. " Dulu saya pernah berfikir kalau suatu hari saya boleh membuat satu badan kebajikan yang membawa kepada pendidikan percuma, ya percuma. Dan saya tulis. Awak nak tahu ? Impian tu dah jadi kenyataan hari ini. Alhamdulillah". Katanya perlahan.

Dan akhir sekali sebelum aku melalut kelaut lebih jauh, dan bermulalah aktiviti kelab teater yang aku tubuhkan itu dengan seramai 14 orang ahli. Maka dengan membawa nama Tunas Warisan mereka berkejar kesana kesini membuat persembahan. Dan persembahan wajib untuk setiap bulan ialah di rumah orang orang tua, agar terhibur hatinya dengan telatah tunas-tunas bangsa tadi.

Itulah serba sedikit idea dari kepala lutut ini. 

Jun 20, 2013

Jumud

Assalamualaikum sahabat,
Segala puji ke hadrat Allah 'Azza Wa Jalla yang memberi kurnia kepada hambanya diatas kemurahan dan kemulianNya yang amat luat di langit dan di bumu. Selawat dan salam keatas junjungan besar Muhammad Rasulullah S.A.W, pada Ahl-ul-bait, dan sahabat baginda.

Tergerak hati aku untuk menulis entri kali ini tentang mentaliti Melayu dulu dan sekarang. Ah ! Apa pula nak disampaikan, bukankah aku juga Melayu ? 

Jelas sekali aku bukanlah Profesor, Profesor Madya ataupun pemegang Doktor Falsafah untuk menyelit perkara sebesar ini. Tapi dengan secubit pengalaman dan segenggam bahasa muda aku kuatkan jejari untuk menaip, mempersembahan sekumbah idea untuk sama-sama memajukan diri, bangsa dan agama. Kerana apa ? Kerana Melayu amnya beragama Islam, jika bangun Melayu maka bangunlah Islam. Dan nyata sekali aku bukanlah dewasa pertama bercakap mengenainya.

Dulu muzik mungkin tidak memberi impak kepada masyarakat, dulu mungkin teknologi hanya di pejabat menteri tidak di kampung, felda dan pendalaman. Dulu mungkin fesyen hanya untuk primadona, penyanyi kelab dan pelakon filem hitam putih. Kini semua terkena bahangnya, bernafas dalam jerebu Hedonisme. Dari penjajahan muzik pop dari Korea, fesyen dari Hollywood, dan teknologi dari segenap aspek; dengan segala jenis gadget.

Kita sebenarnya ditipu teknologi, dijajah minda oleh muzik dan ditelanjangkan oleh fesyen. Aku pasti akan ada suara berkata " Kalau semua nak ikut Melayu yang kononnya tradisi, nak pakai baju Melayu bersampin, bertandak, disisip keris dipinggang ? Nak main layang-layang, nak main konda kondi ? Nak dengar lagu dikir barat, mak yong, wayang kulit ? Kau JUMUD"

Telah lama aku duduk bertapa di hadapan komputer riba, kononnya mengkaji psikologi manusia dengan harapan akan keluar falsafah baru. Agar ada yang setara dengan pemikiran Jaliluddin Rumi ataupun Hamzah Fansuri. Aku lebih banyak berinteraksi dengan laman sosial Facebook. Kita biasanya tidak sukakan sesuatu yang formal, tak sukakan infomasi berguna, mereka lebih banyak menayangkan bahasa bahasa biasa, cliche. Tahukan kita semakin kita terdedah kepada dunia internet, rahsia kita sedikit demi sedikit telah terhakis. Menampakkan yang Melayu itu sangat mundur, memperlihatkan pemikiran kita sangat JUMUD.

Jarang sekali kita dapat mencari dan melemparkan idea, peringatan ataupun sesuatu yang bermanafaat. Kadangkala aku pun sama, menulis perkara yang lagho. Tapi makin banyak aku hela nafas, makin banyak pengalaman terhimpun, makin galak aku berfikir. Berulang disebut generasi Y bakal mentadbir negara di masa hadapan. Kita hari ini bukanlah buta, bukanlah terlalu pasif untuk menelaah. Kita sebenarnya seekor katak di bawah gelas. Dapat melihat, dapat mengkaji tapi kaku untuk bergerak, takut untuk mencuba dan enggan maju. Kita seolah dikongkong oleh satu lembaga yang maha besar, memeluk dan menggari tangan untuk bertindak. Lembaga itu muzik, fesyen dan teknologi. Lembaga ini akan kecil lagi mengecil atas sejauh mana gunanya untuk kebaikan.

"Selagi hidup berjiwa hamba, pasti tetap terjajah abadi" - Usman Awang (Jiwa Hamba)

.....

bersambung..

-20/6/2013


Jun 14, 2013

Ilham

Menghirup teh panas 
Sambil mendengar dendangan Noorkumalasari, 
Kadang aku memandang keluar jendela, 
Mencari sedikit petunjuk Tuhan, 
Yang timbul di hati seperti ibu Nabi Musa mendapat ilham, 
supaya memasukkan anaknya ke dalam peti,
Dan menghanyutkannya ke Sungai Nil, 
Seperti juga para cendekiawan bersahabat dengan alam, 
Yang menggerakkan hati untuk mencari sesuatu,
Yang menggerakkan hati untuk mencipta syair, 
Di tempat pengasingannya ia mendapat ilham,
Mencipta lagu-lagu perjuangan
Aku menghirup lagi.  

-Husna


May 18, 2013

Kau beruntung kawan

Assalamualaikum sahabat,


Alhamdulillah, baru siap makan dengan 5 orang sahabat dan pensyarah a.k.a ikon, model dan prototype aku. Ditemani sirap limau dan bunyi bingit Pahang mlm Lion XII. Rasanya memang rezeki aku ada orang belanja, tapi kehadiran aku bukan sebab tu. Aku nak mendengar....


Aku begitu tertarik dengan bermacam isu diusulkan, semuanya melibatkan masyarat, demi kemaslahatan bersama. Berbeza dengan kebiasaan aku bercakap kosong dengan air kosong. Kali ini aku dapat merasa air sirap, ditambah lagi dengan limau. Rasanya lain, ada manis, ada masam dan ada warna. Ya aku beruntung. Dia pun untung.

Seperti biasa untuk aku sekadar anamorphic kerana jiwa aku lebih kepada kehidupan dalam gua, gelap dan suram. Hanya mendengar dan memerhati setiap keajaiban. Bukan bercakap dan berbahas. Kerana aku lain, bercakap bahasa Urdu silam dan memerlukan penterjemah khusus. Kah kah kah !


Kita Melayu kalah, kalah dalam mentaliti, pemikiran kita hebat. Idea kita bernas semacam beras bernas, tapi tindakan kita kosong, air kosong 20 sen je derr. Kita bukanlah tidak biasa bercakap perkara untung, dah berhari hari kita berbincang. Untuk itu, untuk ini. Respons tidak ada dan kerana itulah istilah cerita kedai kopi muncul.

Mereka bercakap pasal kerja, mereka berkerja untuk orang. Semuanya untuk orang. Apa yang mereka dapat penat dan letih. Hanya kerana itukah masa mereka terbuang ? Jawapannya ya jika kita lihat dari sudut wang. Bukankah Allah bersabda dalam surah Al-Lail,

 "Sungguh, usahamu memang beraneka macam. Maka barang siapa memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, Dan membenarkan (adanya pahala) yang terbaik (syurga), Maka akan Kami mudahkan baginya jalan menuju kemudahan (kebahagiaan)." (Al-Lail ayat 7-9)

Harta yang sahabat aku ni infaqkan ke jalan Allah, bukanlah wang semata, tapi masa mereka, tenaga muda mereka, mereka sanggup untuk membantu anak yatim. Kau beruntung kawan. Dengan penjelasan aku ni bukanlah bererti aku menolak pencarian harta seperti mereka yang lain. Tapi tujuan mereka berbeza.

Mencari duit, siapa tak nak duit. Dulu barang murah, tapi duit susah, sekarang duit mudah barang pula mahal. Kerana itulah dunia. "Jika kita bekerja dan dapat gaji 1000, duit itu akan habis dan kadang kita tak tahu kemana duit tu dicurahkan" kata salah seorang sahabat aku. Ya benar duit sekarang macam air. Bukan sekarang dulu pun macam air, tapi dalam kolah. Diceduk masih tinggal sisa. Sekarang duit macam keluar air paip.

Aku insan lemah ni hanya berdoa moga moga niat baik sahabat semua diredhai oleh Allah dan dipermudahkan dalam segala urusan. In sha Allah Sekali lagi aku nyatakan, kau beruntung kawan. 

Wallahua’lam




May 15, 2013

Layu


Sesungguhnya
Tidak ada yang lebih menyayat
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsaku dihina
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya 
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.

Lirik : Malique

Hayati setiap bait, saya rasa memang kita makin layu.

Apr 29, 2013

Aku Cemburu, Aku pejuang.


Aku sebenarnya cemburu, cermburu kerna tidak dapat sama sama berjuang, landasan yang selama ini aku harapakan.
Akulah tenaga pengajar yang kau cari, aku tenaga muda yang kau canang, aku disini.
Kenapa mesti ada tembok tinggi menggunung yang memisahkan aku dengan mereka? Kenapa aku lambat selangkat untuk kibarkan obor ilmu? Kenapa?
Disini aku sedar, masa itu lebih cemburu, pelajaran aku lebih jitu, itu semua halangan untuk aku kerah keringat.
Aku cuma harap apa yang aku cemburui ini membakar semangat untuk kau mula berjuang, biar masayarakat menutup mata, mempekakan telinga.
Masih kau ingat perkhabaran Uwais Al Qarni? Tidak masyur di muka bumi tapi menjadi sebutan penduduk langit. 
Aku hampa, masa sama aku rela kerna aku juga sebenarnya pejuang.


Apr 25, 2013

Kau ada bakat..

Seketika aku menconteng kertas kosong berisi bahasa kontang, kering tidak berharga. Datang dia, kau ada bakat menulis. Pendek.

Sedang aku menganyam puisi caca, versi jurutera. Entah apa perkataan yang aku masukkan dari unsur tanah sampailah tiang tiang 'piling'. Hebat, kau ada bakat menulis. Tawar.

Aku menulis pos di facebook, sedikit gubahan warna, tambah sedikit kelopak. Sedap dibaca agaknya, dalam dalam bahasanya mungkin. Kau ada bakat menulis, bahasamu jujur, aku suka isi, aku suka tajuk. Gigil berkerut.

Aku nak menulis, tapi bahasa apakah mesti aku guna. Di depan aku banyak dinding, menghalang dari menyeberang sungai ketakutan.

Mereka kerap suruh saya menulis, apa yang saya perlu tulis ?

Memoir Semasa Hujan

Tangan pintas menaip mengejar pintalan idea yang semakin kabur, diluar hujan makin lebat. Seketika tempias menempuh pipi kasar, baju sedikit kebasah. Lalu aku..

Kereta masih jauh perjalan untuk sampai ke Jengka, pada aku dulu sebuah ceruk pendalam yang maha dalam; gelap dalam kegelapan. Seumpama tempias yang terkena dimuka, "Awak takkan dapat kebahagiaan sebelum awak terima siapa awak dan di mana awak berpijak". Tertunduk aku dalam senyum mengangguk tanda setuju.. Ya, aku faham kata katanya, sinar tampak walaupun pedas untuk aku mamah.


Sangat jauh masa berjalan untuk aku terima hakikat yang sebenarnya aku diceruk. Walaupun dalam tak sedar tuhan sudah buka jalan untuk aku berfikir. Di bandar mereka tiada masa untuk berfikir. Betul kan ? Mereka mengejar masa, lari dari masalah. Mereka berlumba mengejar, siapa yang lambat sila ketepi. Mereka yang miskin kena lapar, mereka yang kalah jadi abu. Siapa peduli ?


Kini aku dewasa, matang untuk berfikir. Berdarah sebelum kalah. Dulu aku hanya pandai mengangguk, kini aku sudah pandai menggeleng. Jengka bumi bertuah, dimana muzium Melayu terbesar. Aku beruntung.


Kini aku cuma berharap mereka selepasku belajar berfikir, untuk tidak lewat sepertiku.


Apr 23, 2013

Aku, mereka dan Baitul Husna


Siapa aku, siapa mereka dan siapa Baitul Husna ?

Hari ini kita berfikir, bagaimana dengan hidup hari esok. Hari esok kita berfikir apa makanan kita hari ini. Hari lusa kita akan berfikir apa jenis baju yang kita nak beli.

Keseronokan mereka terserlah tapi tidaklah girang seperti kanak kanak lain yang menyertai program di bawah anjuran sekolah atau mana mana kelab. Mereka lain, senang cerita aku jatuh cinta.

Untuk jatuh cinta kita kena kenal *bak kata sang jiwang*. Tapi dengan mereka kamu tak perlu kenal, hanya lihat mereka boleh terus jatuh cinta.

Jujurnya jatuh air mata aku melihat mereka, kerana mereka perempuan aku tidak boleh memeluk dan memimpin tangan mereka.

Untungnya aku punyai mak, punyai ayah yang masih gagah dan sihat, punyai kesenangang. Mereka siapa di mata kita ? Kenapa tuhan tidak temukan aku dengan mereka terlebih awal.

Untuk mengajar aku erti bersyukur, untuk mengajar aku berterima kasih, untuk mengajar aku perjalanan kehidupan.

Wajah mereka ceria, keranah mereka macam macam, senyum mereka bermakna dan sangat dalam. Mereka perempuan, mereka malu. Aku faham.

Sedang kanak kanak lain berseronok membeli belah, melayan minda masuk ICT, menyusun bongkah di Legoland. Mereka juga ada, kini mereka di KLCC; kerana ada yang tidak pernah singgah.

Masihkah ada kesempatan untuk aku berbakti kepada mereka dan semua 'mereka'. Aku takut usia aku sia sia.

Ya Allah, aku bersyukur kepadamu temukan aku dengan kanak kanak baitul husna. Mungkin ini petunjuk untuk aku belajar erti kasih sayang, erti kehidupan dari sudut pandang berbeza dan memanfaat usia dengan lebih bererti. Alhamdulillah Ya Allah.

Photo credits : Pihak TFTN


Sekian, jutaan terima kasih kepada pihak TFTN, semua pelajar UIA, UITM Pahang, dan UMP dan semua yang terlibat, terima kasih.


Bahaya tidur selepas subuh

Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan."

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam.
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI


[Pertama] 
Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua] 
Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] 
Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] 
Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, 
"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." 
(Miftah Daris Sa'adah, 2/216). 
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] 
Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, 
"Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah:- 
[1] tidur di waktu pagi, 
[2] sedikit solat, 
[3] malas-malasan dan 
[4] berkhianat." 
(Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam] 
Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. 
Zaadul Ma’ad, 4/222)


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

***Sumber Dari : uniqueummah.blog