Jul 26, 2013

Remaja, meja dan kemeja.

Assalamualaikum...

Amboi, bukan main bangang lagi tajuk entri tu.

Teringat aku zaman kanak kanak bila tengok klip video hitam putih nyanyian Doris Day, Que Sera Sera. 

"When I was just a little girl
I asked my mother
What will I be
Will I be pretty
Will I be rich
Here's what she said to me

Que sera, sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see"



Dulu aku kanak-kanak sekarang aku dah remaja. Muda remaja, gila-gila remaja. Remaja ?

Dimana keluarnya istilah remaja tu sebenarnya? (Aku malas nak ulas pasal perkataan tu mengikut Kamus DBP sebenarnya.)

Seperti yang kita fikir, remaja biasanya golongan pertengahan antara kanak-kanak dan dewasa. Mereka hidup ringkas, dana hidup masih bergantung kepada ibu-bapa dan kehidupan lebih kepada hiburan dan suka-ria.

Pada hakikatnya istilah remaja itu tidak wujud sebenarnya walaupun banyak diperkatan dalam majalah, disebut dalam televisyen atau didengar dalam radio. (Klise pulak, kah kah kah !)

Sebagai contoh bila suatu hari kita masuk dalam taman tema air Sunway Lagoon. Caj bayaran hanyalah dikenakan untuk kanak-kanak dan dewasa. "Remaja berapa ringgit bang? saya ni baru habes SPM." Guide yang menjaga pintu masuk tu mungkin berhenti kerja ataupun minta MC atas pertanyaan itu. Mana ada caj untuk remaja. 

Jadi siapa remaja?

Siapa awak yang nak melabelkan diri sebagai remaja?

Kerana apa aku bersungguh-sungguh sangat nak menulis pasal remaja yang tak berapa penting ni. Aku bosan sebenarnya.

Bila kita fikir kita remaja secara tidak langsung kita fikir banyak masa lagi untuk masuk ke alam dewasa. Banyak masa lagi untuk ber'joli' ataupun jelly. Kita sendiri yang menghadkan pemikiran kita untuk maju. Kita sendiri yang menyekat untuk ditransformasikan diri. Lek lu sap kok lu. Awal lagi nak fikir tu semua. Kita masih remaja.

Masih terlalu awal kau kata ? Kau nak kena lempang ?

Generasi Y tu generasi apa ? Generasi remaja yang lepak di mall ? Generasi yang pandai mengubah motor menjadi jet ? Generasi yang pandai bermain game online melawan musuh maya global ?

Aku rasa dah cukup aku taip sebab aku nak sahur ni. Maksud aku dah tulis, permasalah aku dah tulis, abang jaga gate tu pun dah sihat balik. Untuk penyelesaian sama-sama kita kerjakan.

Sekian dari aku melapor dari Albania.








Jul 24, 2013

Si penjual dan pelelong.

Assalamualaikum

Orang yang jual kat bazzar Ramadhan ni kena tahu beza 'jual' dan 'lelong'. Kami dah kerap makan hati. Petang tadi sengaja kami melewatkan waktu rewang ke bazaar, saja nak mencari makanan paling murah yang dijual dalam sejarah manusia. kah kah kah !

"Lelong lelong ! Ayam golek 15 ringgit !" Aku pandang dari jauh kertas yang tertulis [Ayam Golek = RM 15] . Dah asalnya 15 ringgit cakap biasa sudah. 

Untuk lap yang seterusnya yang aku anggap lap terakhir dalam litar yang tak berapa panjang tu."Dik jual jual, jual ayam golek 10 ringgit." Pulak ! Dah tadi lelong, sekarang jual pula.

Dia trick kami, kami trick balik. Beli kena ada sistem dan secara teorinya kami menang. Sekian

Jul 20, 2013

Balada Pemuzik Jalanan

Assalamualaikum..

Cerita di jalanan, tidak banyak yang aku tahu. Dan aku buntu. Aku nak mengikut mereka berbagi makan pada masyarakat Melayu aku yang tinggal di jalanan. Apalah kiranya makna di sebalik tulisan yang aku tulis sedang aku tidak ada sekali.

Apa yang aku tahu, mereka tidur hanya berselimut embun, sejuk pagi sampai ke tulang sum-sum. Berbumbung kaca langit, memang indah jika berbintang, kalau hujan ? Hanya berlantaikan simen, bangunan usang. Gelap semacam gua.

Berfikir panjang aku nak menulis, bimbang jadi angan yang semacam bermuka muka. Mereka semua turun padang aku dibilik hanya menaip. Dan sebenarnya aku bukanlah siapa siapa atau suatu keperluan. Kalau boleh biar aku menghulur tangan. Aku takut jadi macam hipokrit, terlalu plastik. Sebab aku yang sepatutnya bawa beg plastik. Ini nasi, kita sahur.

Kenapa bila orang nak buat, baru aku sibuk nak menulis. Tak. Aku dah lama nak jadi macam mereka. Turun padang memberi bakti. Mereka macam askar la turun berjuang. Ingat semua orang nak jadi askar ?

Tulis panjang panjang pun bukan ada makna, aku cuma nak jadi macam mereka.

Jul 16, 2013

Usrah dan Ukhwah

Assalamualaikum..

Selamat bersahur, aku baru makan donat dengan teh BOH hijau tadi.

Dua-dua perkataan di atas adalah perkataan arab, aku malas nak huraikan maksud perkataan tu.

Tidak dinafikan mekanisme maya ataupun online pada masa kini adalah salah satu cara berdakwah. Method yang aku rasa paling ringkas untuk menyebarkan ayat. Ia bukanlah hanya berunsurkan kepada info semasa, politik, sukan tetapi juga perkaitan bab agama. Persoalan-persoalan agama di ajukan di dalamnya, perkongsian hal-hal yang berlaku di dunia islam, bicara murabbi-murabbi Islam dan juga bab hadis.

Usrah yang aku faham ialah kumpulan yang berkumpul di tangga masjid, di wakaf dekat masjid, di belakang masjid dan semua perkumpulan yang berlaku di masjid, surau, pesantren dan etcetera. Dalam kalangan mereka berbincang mengenai agama, mengenai persaudaraan, mengenai kasih dan sayang. Aku rasa pemahaman aku terlalu tohor jika dihuraikan lagi ruang lingkup usrah yang sebenarnya. Pada hakikatnya itulah, walaupun usrah itu boleh saja berlaku di mana-mana sahaja hatta di kedai mamak sekalipun.Teh o limau satu ! Kerana kita sinonimnya dengan perkataan arab seperti ini sering kita dilabelkan dengan personaliti berjubah, berserban; golongan tabligh.

Dalam kalangan mereka yang berusrah, ada saja mulut yang menyebut tentang kebesaran Allah, saling mengingati antara satu sama lain. Bicara bicara mereka harusnya menjurus kepada kemaslahatan bersama. Ke arah membina masyarakat, ke arah menyampaikan ilmu dengan kasih, dengan sayang.

Selepas pendahuluan yang panjang lebar dan semestinya senyum Cikgu Amin kalau baca tulisan ni.

Tidak bertemu rasa rindu, bila bertemu jadi sayu.

Apabila usrah ini berlaku, kita dan kita semua akan bertemu. Berpeluk erat, bersalaman, senyum tawa. Disinilah ukhwah itu terjalin, di sinilah kekuatan kita sebenarnya. Dan usrah yang paling berjaya ialah dengan 'bersentuhan bahu' (perbuatan dimana tangan yang menyentuh bahu sambil digosok sambil mata redup memandang dari bawah sambil mulut memberi nasihat ataupun semangat). Power jugak aku bagi imaginasi ringkas.

Disini masing masing bawa masalah harian, bawa pujian, bawa semangat lantas dilontarkan dalam cakap. Dan ini bukan bermaksud usrah di internet itu tidak bagus, tapi untuk keberkesanan dan pertalian itu, bersua muka adalah perlu. Macam berjumpa tika bercinta. Dan seharusnya ia merapatkan ukhwah dalam kalangan kita. Kalau dalam taman universiti, maka di taman universiti, kalau di kolej ataupun kompleks maka di sanalah dan kalau di Permatang maka disanalah akan terjadinya jalinan ukhwah itu.

Itulah serba sedikit teorinya, menulis memang mudah nak melaksanakan itu susah. Jadi gerak ia dengan perlahan lahan. Kerana dunia sekarang sedang menindas Islam. Siapa pemerintah yang ingin menonjol, cepat cepat dihumban, tidak ada suara pada pihak yang benar. Disini kita dapat membina micro-islam. Bergabung bergabung lantas membentuk atom lalu berlakunya mitosis dimana kromosom itu membiak.

Dan aku dah jumpa satu nama kelab yang cute, dan aku tak tahu kalau mana-mana universiti atau badan dah buat benda ni. UUU ( Usrah dan Ukhwah UiTM) ataupun kelab 3U.


Jul 14, 2013

Budak budak zaman sekarang.

Kenapa kita nak salahkan mereka dengan segala masalah sosial dan budaya yang berlaku. Kita yang membesarkan mereka dan kita juga yang perlu mencorakkan mereka.

Jul 9, 2013

KEMUDA dan Boikot Yahudi.

Assalamualaikum..

Pukul 4 semalam aku bertolak ke Kuala Lumpur untuk perbincangan atau perbentangan kerangka KEMUDA yang dikelola penuh oleh Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM). Kami bergerak dengan kekuatan seramai 6 orang berserta seorang pensyarah muda, Ustaz Mutalib. Dan semalam berlaku 'troll' terbesar dalam hidup aku yang mana kami dikhabarkan akan bertemu dengan TPM Malaysia, Datuk Seri Muhiddin Yassin. Semuanya berpakaian batik Terengganu dan bersongkok. Aku tak pakai. Dan apa yang menyedihkan langsung tak nampak kelibat, bayang, bau sekalipun. Kerana kami hanya berbincang di bilik mesyuarat Gerakan Operasi YADIM sahaja. Kah kah kah !

Bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. Setelah dua jam setengah berbincang sampai sakit hidung aku mengadap aircond. Tujuan KEMUDA adalah untuk melahirkan pemimpin muda masa depan yang berjiwa dan beridealisme Islam yang dinamik, progresif dan berwawasan. Selain itu ia juga ia mampu mencanai pemikiran Islam dalam kalangan generasi muda berasaskan prinsip Wasatiyyah dan berteraskan ilmu.

Bukan itu yang aku nak tulis sebenarnya. Begini, dunia Islam bergolak seperti yang kita tahu yang terbaru adalah di Mesir, rakyat bangun menentang pemimpin yang sedia ada. Kenapa berlaku kebejatan politik seperti ini ? Kerana apa ? Di Syria, di Palestin yang telah lama menangis. Si celaka Yahudi makin lama makin melampau. Hendak aku khabarkan di sini bahawa akhbar adalah basi. Kononnya Israel akan membuat rundingan damai dengan Pemimpin Palestin, Hamas dan banyak lagi. Ini retorik bangang yang tak patut diambil peduli. Mereka cuma menyeksa fizikal kaum Islam disana dan kita terus terusan disini berlaku seksaan mental. Melihat gambar saudara seislam kita dibunuh, melihat anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Di Malaysia, hari ini masih beruntung kerana Melayu masih lagi majoriti. Dan kekuatan Islam itu banyak. Maka mereka berkempen lah untuk memboikot barangan Yahudi, mengangkat banner sebesar gajah, menggantung di setiap tiang lampu, di belakang kereta, membuat baju. Kami boikot yahudi ! Berapa lama ia bertahan ? Berapa lama McDonald kosong ? Berapa lama ? Paling lama pun dua minggu, selepas itu boikot dah dihapuskan dari kamus. Dibuang jauh. McDonald kembali penuh, berpusu pusu beratur dan orang yang menggantung banner, mencetak baju mungkin di hadapan sekali.

KEMUDA ini adalah program nasional yang mana seluruh negara terlibat. Di seluruh IPTA/S akan menubuhkan Sahabat YADIM, di MRSM,SBP,SMKA akan menubuhkan Kelab YADIM. Dan ini akan menjadi ukhwah perdana dimana Duta Islam akan dilahirkan. Di setiap zon, negeri, daerah, mahupun dun akan berlaku usrah. Menempatkan sekurangnya 5 orang yang aktif untuk menjadi peneraju utama kegiatan Islam di tempat masing masing.

Perkara yang aku bebelkan sebenarnya aku himpun disini. Kita tiada ukhwah. Untuk menumbangkan yahudi, Rasulullah SAW telah membuat boikot ekonomi pada zaman baginda. Mereka menyuruh seluruh umat islam pada waktu itu untuk mengikut method ataupun cara baginda. Ukhwah, ukhwah dan ukhwah. Satukan seluruh umat Islam di Malaysia. Dan boikot, boikot, boikot. Kerajaan pula ambil inisiatif untuk membeli sahan Carefour, Giant dan menghalau yahudi itu balik. Nampak macam mudah, tak sebenarnya. Masing masing kena ambil 'port'.

Sekian. Nak boikot mesti ikut cara Rasulullah.