Dec 23, 2013

Betul ke bohong ?

Apakah orang tua itu lebih baik ilmunya pada satu sudut ?

Ya kerana bagi mereka, mereka terlebih dahulu merasai garam. Rencah kehidupan. Pengalaman. Tapi dari satu sudut cuba kita fikir.

"Ayah, apakah orang tua itu mesti lebih tahu dari anaknya atau mereka yang lebih muda usianya ?"

"Ya, kenapa ?

"Siapa yang menjumpai idea tentang elektrik?"

"Kalau tak salah ayah namanya Thomas Edison"

"Kenapa bukan ayahnya atau orang tua sekelilingnya?"

Dec 16, 2013

Berkhatam


Kiranya seronok sungguh masa tu, aku ingat lagi. Lepas UPSR aku naik ke tanah besar (Kuala Besut) utnuk menjalani kehidupan macam orang bandar. Ada kereta motor, duduk rumah tepi sawah- tak sawah pun, macam padang banyak lalang.

Esoknya pak sedara aku datang depan rumah dah siap dengan kain pelikat dan baju selai. Aku naik hairan, pelik dan sedikit terkesima. Dia suruh aku basuh muka, gosok gigi dan tak payah mandi. Nampak macam dalam kesulitan dan hendak cepat, tapi yang rahsia tetap rahsia. Puas aku membuka semula fail lama dan apa yang sebenarnya sedang berlaku. Tiba tiba terbuka dalam folder baru tiga minggu lalu, perkataan 'bersunat'. Woi !

Aku buat kool je, masa tu aku dah lewat sebenarnya, orang lain seusia dengan aku dah lama sunat. Dah puas tepuk lutuk, katok lutut dengan tempurung. Aku je yang lambat.

Setelah lama dalam bilik bedah, akhirnya aku keluar dengan muka tenang. Tak ada bayang bayang yang hendak aku titiskan air mata. Sangat cool dan berwawasan. Sehari lepas aku bersunat, esoknya terus aku dibawa balik. Rupanya ini adalah secebis konspirasi mak aku dan pak sedara aku.

Nak balik kampung satu hal, nak naik bot. BUkan naik bot tu masalah bagi aku. Tapi memandangkan sudah masuk bulan 12, maka suasana laut pun bertukar masam. Lagi aku kena hadap kemasaman air laut tu dua jam atas bot kayu.

Lebih kurang 2 minggu lepas tu, sudah ada bait bait yang menandakan yang aku dah sembuh. Setelah aku rendam tubuh dalam besen besar bapak. Dalam tu mak aku dah siap sediakakn mandian wap, dan celupan tubuh dalam air panas. Tapi bukan iar panas saja, diletakkan juga serbuk teh (tanpa gula). Dalam air teh o kelat tu aku rendam tubuh dan buang balutan. Perasaan masa tu hanya aku dan Allah Taala saja yang tahu. Macam orang kena tembak masa perang, macam orang patah seribu, sakit bisanya lagi sakit dari orang putus cinta. Haaa, wa cakap lu.

Lepas dah kering semua, adegan yang akan jadi lain dari orang lain ialah proses mencuci 'kuping'. Aku kena mandi air laut, kena mandi. Memang ada la perasaan takut. Takut pedih. Lepas tu ada orang tua cakap, lepas 'kuping' tu semua dah tertanggal. Akan ada ikan ikan kecil datang memakan. Silap hari bulan dia silap makan. Aku dah cuak dan sedikit terkesima. Tapi aku masih cool.

Dalam proses tu semua, petua yang aku paling tak boleh nak diterima akal ialah. Si pesunat tu kena tunjuk kepada orang untuk cepat sembuh dan mengurangkan sakit. Semua orang yang nak tengok aku bagi. Murah betul hati aku masa tu. Tanpa sedikit rasa malu, walaupun sekelumit.

Berbau Shia

Kalau aku baca buku Karl Marx, "Communist Manifesto", adakah jelas aku komunis? Atau lebih manis jika aku kagumi Hitler dan baca buku "Mein Kemph" dan aku juga seorang nazi ?

Maka aku lebih tenang membaca Majalah Anjung Seri.

Wadehel. 21 Tahun

Setelah lama bergelumang dalam dunia romantik dan sedikit muzik. Sekarang aku dah rasa mula hendak berpolitik.


Dec 9, 2013

Beli buku

Hari tu aku pergi Jengka ambil barang yang aku tinggal lepas habis diploma. Baju, buku, kasut dan beberapa barang solek aku. Bila sampai rumah tugas mengemas aku alihkan kepada mak aku selaku orang yang lebih arif dalam bidang kemas mengemas.

" Ni resit apa ?" 

Dia menghulurkan seketika menarik dan membaca. Dia mensepetkan mata seketika terbuntang. "Awak buat apa sampai 200 ni? "

"Beli buku." jawab aku acuh tak acuh.

"Tak payah habiskan duit beli buku, awak baca buku bukan habis"

Aku buat buat sibuk mengemas.


Aku mula

Tengah aku cuba cari ilham, aku dah tahu apa yang aku nak jadi. Aku kena menulis, menulis tentang semua benda yang jadi kat depan mata aku. Best tak best belakang kita, orang nak baca ke tak nak baca itu dia punya fasal. Yang penting kena jujur, bak kat Brader Lobo.

Menulis tak payah bahasa tinggi pun tak apa sebenarnya. Janji ada benda yang kita nak sampaikan dan dengan harapan ia sampai. Sampai. Aku kena mula dari rumah. Aku nak ceritakan tentang kampung aku atau dari tempat aku belajar atau tentang makwe aku yang cun.

Aku dah baca buku KA+WAH tulisan Pipiyapong yang diterbit oleh Sindiket Sol-Jah. Tulisan dia bukan tinggi mana pun, tapi idea power dan kelakar tahap tapir. Itu sebenarnya yang membuatkan aku nak sangat menulis. Cara Indie, santai dan bersahsiah.

Aku pun dah baca buku Pendek Mabuk Gila tulisan AKAB yang diterbitkan oleh NEon Terbit. Penulisan Indie yang berkisarkan tentang kehidupan dia sehari hari. Nothing less, nothing more. Tapi buah fikiran 'deme' hebat la. Tak ada benda yang mengarut sangat dan kena dengan suasana sekarang.

Aku dah mula menulis ni, aku dah mula.

"Akim, tolong mak beli santan" suara dari dapur sayup.

Aku melangkah meninggalkan bilik dengan tulisan yang kabut.

CUMA

Puisi ni aku tulis di jalanan, di Terminal Bas Kuala Terengganu.

......

Aku melihat ramainya orang
bermacam gaya bermacam ragam
kulihat memlalui hati dan lantas terfikir
inilah pengalaman yang aku mahu
tidak mungkin aku akan dapat membayar
terhutang budi kepada manusia
yang memberi aku nilai hidup
dan semangat berbahasa

aku hanya menulis
apa yang terlintas di dalam minda
mengeluarkan dengan sedikit bahasa
yang kupelajari sepanjang umur
usia kurniaan Ilahi

biarpun aku hanya semut
apapun yang aku hajati
tujuanku cuma satu
menilai sikap manusia terhadap Pencipta

Dec 5, 2013

KEBAIKAN MEROKOK



Aku rasa cukup ramai yang tak suka perokok, lebih lebih lagi kaum wanita. Setakat mana kebencian anda terhadap perokok tanpa mengkaji dengan lebih dalam dan serius tentang baik dan buruk tabiat merokok. Meh aku bagitahu.

1. Kebaikan pertama untuk seorang perokok iakah mengelakkan daripada dikesan ninja. Perkara ni bukan olok olok atau loyar buruk, informasi ini aku dapat dari filem Ninja Assassin. Tahu ? Atau buat buat tak tahu. Apa aku kisah.

2. Kebaikan kedua ialah berkenaan dengan kebiasaan perokok. Kalau tadi tentang rokok sekarang tentang mancis. Kalau anda kehutan atau perkhemahan atau lari tika darurat. Perkara yang kedua penting selepas khemah adalah api. Dari mana datangnya api kalau bukan dari mancis. Dan 71.09% kemungkinan orang yang tak merokok akan terlupa membawa mancis. Apa kau nak buat, cari perokok dan minta mancis. Masa tu baru kau tahu keperluan perokok dalam kalangan masyarakat.

Dua isi penting ni sudah cukup dulu, dan mungkin akan aku kupaskan lebih dalam dan gigih di masa akan datang. Nasihat dari aku, jauhkan diri anda dari perokok. Biarkan mereka mati dan merana kerana tabiat mereka. Jangan libatkan anda dalam hal mereka.