May 18, 2013

Kau beruntung kawan

Assalamualaikum sahabat,


Alhamdulillah, baru siap makan dengan 5 orang sahabat dan pensyarah a.k.a ikon, model dan prototype aku. Ditemani sirap limau dan bunyi bingit Pahang mlm Lion XII. Rasanya memang rezeki aku ada orang belanja, tapi kehadiran aku bukan sebab tu. Aku nak mendengar....


Aku begitu tertarik dengan bermacam isu diusulkan, semuanya melibatkan masyarat, demi kemaslahatan bersama. Berbeza dengan kebiasaan aku bercakap kosong dengan air kosong. Kali ini aku dapat merasa air sirap, ditambah lagi dengan limau. Rasanya lain, ada manis, ada masam dan ada warna. Ya aku beruntung. Dia pun untung.

Seperti biasa untuk aku sekadar anamorphic kerana jiwa aku lebih kepada kehidupan dalam gua, gelap dan suram. Hanya mendengar dan memerhati setiap keajaiban. Bukan bercakap dan berbahas. Kerana aku lain, bercakap bahasa Urdu silam dan memerlukan penterjemah khusus. Kah kah kah !


Kita Melayu kalah, kalah dalam mentaliti, pemikiran kita hebat. Idea kita bernas semacam beras bernas, tapi tindakan kita kosong, air kosong 20 sen je derr. Kita bukanlah tidak biasa bercakap perkara untung, dah berhari hari kita berbincang. Untuk itu, untuk ini. Respons tidak ada dan kerana itulah istilah cerita kedai kopi muncul.

Mereka bercakap pasal kerja, mereka berkerja untuk orang. Semuanya untuk orang. Apa yang mereka dapat penat dan letih. Hanya kerana itukah masa mereka terbuang ? Jawapannya ya jika kita lihat dari sudut wang. Bukankah Allah bersabda dalam surah Al-Lail,

 "Sungguh, usahamu memang beraneka macam. Maka barang siapa memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, Dan membenarkan (adanya pahala) yang terbaik (syurga), Maka akan Kami mudahkan baginya jalan menuju kemudahan (kebahagiaan)." (Al-Lail ayat 7-9)

Harta yang sahabat aku ni infaqkan ke jalan Allah, bukanlah wang semata, tapi masa mereka, tenaga muda mereka, mereka sanggup untuk membantu anak yatim. Kau beruntung kawan. Dengan penjelasan aku ni bukanlah bererti aku menolak pencarian harta seperti mereka yang lain. Tapi tujuan mereka berbeza.

Mencari duit, siapa tak nak duit. Dulu barang murah, tapi duit susah, sekarang duit mudah barang pula mahal. Kerana itulah dunia. "Jika kita bekerja dan dapat gaji 1000, duit itu akan habis dan kadang kita tak tahu kemana duit tu dicurahkan" kata salah seorang sahabat aku. Ya benar duit sekarang macam air. Bukan sekarang dulu pun macam air, tapi dalam kolah. Diceduk masih tinggal sisa. Sekarang duit macam keluar air paip.

Aku insan lemah ni hanya berdoa moga moga niat baik sahabat semua diredhai oleh Allah dan dipermudahkan dalam segala urusan. In sha Allah Sekali lagi aku nyatakan, kau beruntung kawan. 

Wallahua’lam




No comments:

Post a Comment