Jun 20, 2013

Jumud

Assalamualaikum sahabat,
Segala puji ke hadrat Allah 'Azza Wa Jalla yang memberi kurnia kepada hambanya diatas kemurahan dan kemulianNya yang amat luat di langit dan di bumu. Selawat dan salam keatas junjungan besar Muhammad Rasulullah S.A.W, pada Ahl-ul-bait, dan sahabat baginda.

Tergerak hati aku untuk menulis entri kali ini tentang mentaliti Melayu dulu dan sekarang. Ah ! Apa pula nak disampaikan, bukankah aku juga Melayu ? 

Jelas sekali aku bukanlah Profesor, Profesor Madya ataupun pemegang Doktor Falsafah untuk menyelit perkara sebesar ini. Tapi dengan secubit pengalaman dan segenggam bahasa muda aku kuatkan jejari untuk menaip, mempersembahan sekumbah idea untuk sama-sama memajukan diri, bangsa dan agama. Kerana apa ? Kerana Melayu amnya beragama Islam, jika bangun Melayu maka bangunlah Islam. Dan nyata sekali aku bukanlah dewasa pertama bercakap mengenainya.

Dulu muzik mungkin tidak memberi impak kepada masyarakat, dulu mungkin teknologi hanya di pejabat menteri tidak di kampung, felda dan pendalaman. Dulu mungkin fesyen hanya untuk primadona, penyanyi kelab dan pelakon filem hitam putih. Kini semua terkena bahangnya, bernafas dalam jerebu Hedonisme. Dari penjajahan muzik pop dari Korea, fesyen dari Hollywood, dan teknologi dari segenap aspek; dengan segala jenis gadget.

Kita sebenarnya ditipu teknologi, dijajah minda oleh muzik dan ditelanjangkan oleh fesyen. Aku pasti akan ada suara berkata " Kalau semua nak ikut Melayu yang kononnya tradisi, nak pakai baju Melayu bersampin, bertandak, disisip keris dipinggang ? Nak main layang-layang, nak main konda kondi ? Nak dengar lagu dikir barat, mak yong, wayang kulit ? Kau JUMUD"

Telah lama aku duduk bertapa di hadapan komputer riba, kononnya mengkaji psikologi manusia dengan harapan akan keluar falsafah baru. Agar ada yang setara dengan pemikiran Jaliluddin Rumi ataupun Hamzah Fansuri. Aku lebih banyak berinteraksi dengan laman sosial Facebook. Kita biasanya tidak sukakan sesuatu yang formal, tak sukakan infomasi berguna, mereka lebih banyak menayangkan bahasa bahasa biasa, cliche. Tahukan kita semakin kita terdedah kepada dunia internet, rahsia kita sedikit demi sedikit telah terhakis. Menampakkan yang Melayu itu sangat mundur, memperlihatkan pemikiran kita sangat JUMUD.

Jarang sekali kita dapat mencari dan melemparkan idea, peringatan ataupun sesuatu yang bermanafaat. Kadangkala aku pun sama, menulis perkara yang lagho. Tapi makin banyak aku hela nafas, makin banyak pengalaman terhimpun, makin galak aku berfikir. Berulang disebut generasi Y bakal mentadbir negara di masa hadapan. Kita hari ini bukanlah buta, bukanlah terlalu pasif untuk menelaah. Kita sebenarnya seekor katak di bawah gelas. Dapat melihat, dapat mengkaji tapi kaku untuk bergerak, takut untuk mencuba dan enggan maju. Kita seolah dikongkong oleh satu lembaga yang maha besar, memeluk dan menggari tangan untuk bertindak. Lembaga itu muzik, fesyen dan teknologi. Lembaga ini akan kecil lagi mengecil atas sejauh mana gunanya untuk kebaikan.

"Selagi hidup berjiwa hamba, pasti tetap terjajah abadi" - Usman Awang (Jiwa Hamba)

.....

bersambung..

-20/6/2013


No comments:

Post a Comment