Jun 24, 2013

Otak di Lutut

Assalamualaikum ya sahabat.

Terus kepada isi-isi penting tanpa pendahuluan yang dianggap sangat penting oleh Cikgu Muhaimin atau Cikgu Amin. Sedang aku mengalih air mineral kat Kota Gelangi bersama adik adik Tunas Bakti. Kepala lutut aku tiba tiba terfikir sesuatu yang aku rasa sangat 'gebang' dan 'poyo'. Aku yang serba daif; agama mahupun seni ni kononnya nak buka kelas teater untuk adik adik Tunas Bakti ataupun Baitul Husna. 

Dah lama sebenarnya aku terfikir dari lutut yang kian lama kian bergoyang 'ni. Idea 'tu timbul lepas aku tengok filem Gadoh. Watak Namron sebagai Azman, seorang aktivis teater. Aku cukup tertarik dengan pembawakan watak Azman, sambil kepala lutut aku berkata " Ya inilah yang sepatutnya aku buat"

Aku nak kembangkan kerja ini ke atas adik adik yang tengah berkembang mindanya. Walaupun aku 'tak ada 'basic' ataupun penglibatan secara langsung dengan bidang ini. Tapi sedikit sebanyak perjalanan itu aku tahu. Abang Sabri Yunus, seorang pelawak, pelakon, penyanyi, penyair, dan banyak pe- lagi. Dia cuba mengalihkan teater Hari-hari Terakhir Seorang Seniman ke dalam layar. Perkara ini menambahkan lagi getaran pada kepala lutut aku. "Woi, aku pun nak jugak".

Dari semasa ke semasa, lutut aku kian lama kian hambar. Semakin lemah dia bermimpi. Semakin mimpi hampir ia menjadi hampa; hampas. Sehinggalah aku jumpa seseorang yang kuanggap bintang, bintang yang paling terang dalam banyak bintang. Bahasanya kuterima saja tanpa bersoal, ideanya kukupas semacam telur rebus. " Dulu saya pernah berfikir kalau suatu hari saya boleh membuat satu badan kebajikan yang membawa kepada pendidikan percuma, ya percuma. Dan saya tulis. Awak nak tahu ? Impian tu dah jadi kenyataan hari ini. Alhamdulillah". Katanya perlahan.

Dan akhir sekali sebelum aku melalut kelaut lebih jauh, dan bermulalah aktiviti kelab teater yang aku tubuhkan itu dengan seramai 14 orang ahli. Maka dengan membawa nama Tunas Warisan mereka berkejar kesana kesini membuat persembahan. Dan persembahan wajib untuk setiap bulan ialah di rumah orang orang tua, agar terhibur hatinya dengan telatah tunas-tunas bangsa tadi.

Itulah serba sedikit idea dari kepala lutut ini. 

No comments:

Post a Comment