Apr 23, 2013

Aku, mereka dan Baitul Husna


Siapa aku, siapa mereka dan siapa Baitul Husna ?

Hari ini kita berfikir, bagaimana dengan hidup hari esok. Hari esok kita berfikir apa makanan kita hari ini. Hari lusa kita akan berfikir apa jenis baju yang kita nak beli.

Keseronokan mereka terserlah tapi tidaklah girang seperti kanak kanak lain yang menyertai program di bawah anjuran sekolah atau mana mana kelab. Mereka lain, senang cerita aku jatuh cinta.

Untuk jatuh cinta kita kena kenal *bak kata sang jiwang*. Tapi dengan mereka kamu tak perlu kenal, hanya lihat mereka boleh terus jatuh cinta.

Jujurnya jatuh air mata aku melihat mereka, kerana mereka perempuan aku tidak boleh memeluk dan memimpin tangan mereka.

Untungnya aku punyai mak, punyai ayah yang masih gagah dan sihat, punyai kesenangang. Mereka siapa di mata kita ? Kenapa tuhan tidak temukan aku dengan mereka terlebih awal.

Untuk mengajar aku erti bersyukur, untuk mengajar aku berterima kasih, untuk mengajar aku perjalanan kehidupan.

Wajah mereka ceria, keranah mereka macam macam, senyum mereka bermakna dan sangat dalam. Mereka perempuan, mereka malu. Aku faham.

Sedang kanak kanak lain berseronok membeli belah, melayan minda masuk ICT, menyusun bongkah di Legoland. Mereka juga ada, kini mereka di KLCC; kerana ada yang tidak pernah singgah.

Masihkah ada kesempatan untuk aku berbakti kepada mereka dan semua 'mereka'. Aku takut usia aku sia sia.

Ya Allah, aku bersyukur kepadamu temukan aku dengan kanak kanak baitul husna. Mungkin ini petunjuk untuk aku belajar erti kasih sayang, erti kehidupan dari sudut pandang berbeza dan memanfaat usia dengan lebih bererti. Alhamdulillah Ya Allah.

Photo credits : Pihak TFTN


Sekian, jutaan terima kasih kepada pihak TFTN, semua pelajar UIA, UITM Pahang, dan UMP dan semua yang terlibat, terima kasih.


No comments:

Post a Comment