Apr 25, 2013

Memoir Semasa Hujan

Tangan pintas menaip mengejar pintalan idea yang semakin kabur, diluar hujan makin lebat. Seketika tempias menempuh pipi kasar, baju sedikit kebasah. Lalu aku..

Kereta masih jauh perjalan untuk sampai ke Jengka, pada aku dulu sebuah ceruk pendalam yang maha dalam; gelap dalam kegelapan. Seumpama tempias yang terkena dimuka, "Awak takkan dapat kebahagiaan sebelum awak terima siapa awak dan di mana awak berpijak". Tertunduk aku dalam senyum mengangguk tanda setuju.. Ya, aku faham kata katanya, sinar tampak walaupun pedas untuk aku mamah.


Sangat jauh masa berjalan untuk aku terima hakikat yang sebenarnya aku diceruk. Walaupun dalam tak sedar tuhan sudah buka jalan untuk aku berfikir. Di bandar mereka tiada masa untuk berfikir. Betul kan ? Mereka mengejar masa, lari dari masalah. Mereka berlumba mengejar, siapa yang lambat sila ketepi. Mereka yang miskin kena lapar, mereka yang kalah jadi abu. Siapa peduli ?


Kini aku dewasa, matang untuk berfikir. Berdarah sebelum kalah. Dulu aku hanya pandai mengangguk, kini aku sudah pandai menggeleng. Jengka bumi bertuah, dimana muzium Melayu terbesar. Aku beruntung.


Kini aku cuma berharap mereka selepasku belajar berfikir, untuk tidak lewat sepertiku.


2 comments:

  1. kembali ke masalampau. dimasa pokok masih merimbun.di kala belukar itulah pemandangan. mereka berteduh di bawah rimbunan pohon. lalu pemikiran di lakar di tanah gambut dan di batang pokok.akhirnya lakaran itu menjadi realiti. kini menekan telefon sahaja kamu sudah boleh melihat dunia. tapi apa yang berlaku kini?? akal sudal tidak di gasah. mungkin karat membeku idea. lunastidak bercambah lagi

    ReplyDelete
  2. jika masih tidak tahu mahu cerita apa, ceritakan kepada saya tentang Muzium Melayu terbesar.

    Saya mahu membaca, saya mahu tahu apa yang Melayu masih tidak tahu.

    ReplyDelete