Jul 26, 2013

Remaja, meja dan kemeja.

Assalamualaikum...

Amboi, bukan main bangang lagi tajuk entri tu.

Teringat aku zaman kanak kanak bila tengok klip video hitam putih nyanyian Doris Day, Que Sera Sera. 

"When I was just a little girl
I asked my mother
What will I be
Will I be pretty
Will I be rich
Here's what she said to me

Que sera, sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see"



Dulu aku kanak-kanak sekarang aku dah remaja. Muda remaja, gila-gila remaja. Remaja ?

Dimana keluarnya istilah remaja tu sebenarnya? (Aku malas nak ulas pasal perkataan tu mengikut Kamus DBP sebenarnya.)

Seperti yang kita fikir, remaja biasanya golongan pertengahan antara kanak-kanak dan dewasa. Mereka hidup ringkas, dana hidup masih bergantung kepada ibu-bapa dan kehidupan lebih kepada hiburan dan suka-ria.

Pada hakikatnya istilah remaja itu tidak wujud sebenarnya walaupun banyak diperkatan dalam majalah, disebut dalam televisyen atau didengar dalam radio. (Klise pulak, kah kah kah !)

Sebagai contoh bila suatu hari kita masuk dalam taman tema air Sunway Lagoon. Caj bayaran hanyalah dikenakan untuk kanak-kanak dan dewasa. "Remaja berapa ringgit bang? saya ni baru habes SPM." Guide yang menjaga pintu masuk tu mungkin berhenti kerja ataupun minta MC atas pertanyaan itu. Mana ada caj untuk remaja. 

Jadi siapa remaja?

Siapa awak yang nak melabelkan diri sebagai remaja?

Kerana apa aku bersungguh-sungguh sangat nak menulis pasal remaja yang tak berapa penting ni. Aku bosan sebenarnya.

Bila kita fikir kita remaja secara tidak langsung kita fikir banyak masa lagi untuk masuk ke alam dewasa. Banyak masa lagi untuk ber'joli' ataupun jelly. Kita sendiri yang menghadkan pemikiran kita untuk maju. Kita sendiri yang menyekat untuk ditransformasikan diri. Lek lu sap kok lu. Awal lagi nak fikir tu semua. Kita masih remaja.

Masih terlalu awal kau kata ? Kau nak kena lempang ?

Generasi Y tu generasi apa ? Generasi remaja yang lepak di mall ? Generasi yang pandai mengubah motor menjadi jet ? Generasi yang pandai bermain game online melawan musuh maya global ?

Aku rasa dah cukup aku taip sebab aku nak sahur ni. Maksud aku dah tulis, permasalah aku dah tulis, abang jaga gate tu pun dah sihat balik. Untuk penyelesaian sama-sama kita kerjakan.

Sekian dari aku melapor dari Albania.








No comments:

Post a Comment