Jul 16, 2013

Usrah dan Ukhwah

Assalamualaikum..

Selamat bersahur, aku baru makan donat dengan teh BOH hijau tadi.

Dua-dua perkataan di atas adalah perkataan arab, aku malas nak huraikan maksud perkataan tu.

Tidak dinafikan mekanisme maya ataupun online pada masa kini adalah salah satu cara berdakwah. Method yang aku rasa paling ringkas untuk menyebarkan ayat. Ia bukanlah hanya berunsurkan kepada info semasa, politik, sukan tetapi juga perkaitan bab agama. Persoalan-persoalan agama di ajukan di dalamnya, perkongsian hal-hal yang berlaku di dunia islam, bicara murabbi-murabbi Islam dan juga bab hadis.

Usrah yang aku faham ialah kumpulan yang berkumpul di tangga masjid, di wakaf dekat masjid, di belakang masjid dan semua perkumpulan yang berlaku di masjid, surau, pesantren dan etcetera. Dalam kalangan mereka berbincang mengenai agama, mengenai persaudaraan, mengenai kasih dan sayang. Aku rasa pemahaman aku terlalu tohor jika dihuraikan lagi ruang lingkup usrah yang sebenarnya. Pada hakikatnya itulah, walaupun usrah itu boleh saja berlaku di mana-mana sahaja hatta di kedai mamak sekalipun.Teh o limau satu ! Kerana kita sinonimnya dengan perkataan arab seperti ini sering kita dilabelkan dengan personaliti berjubah, berserban; golongan tabligh.

Dalam kalangan mereka yang berusrah, ada saja mulut yang menyebut tentang kebesaran Allah, saling mengingati antara satu sama lain. Bicara bicara mereka harusnya menjurus kepada kemaslahatan bersama. Ke arah membina masyarakat, ke arah menyampaikan ilmu dengan kasih, dengan sayang.

Selepas pendahuluan yang panjang lebar dan semestinya senyum Cikgu Amin kalau baca tulisan ni.

Tidak bertemu rasa rindu, bila bertemu jadi sayu.

Apabila usrah ini berlaku, kita dan kita semua akan bertemu. Berpeluk erat, bersalaman, senyum tawa. Disinilah ukhwah itu terjalin, di sinilah kekuatan kita sebenarnya. Dan usrah yang paling berjaya ialah dengan 'bersentuhan bahu' (perbuatan dimana tangan yang menyentuh bahu sambil digosok sambil mata redup memandang dari bawah sambil mulut memberi nasihat ataupun semangat). Power jugak aku bagi imaginasi ringkas.

Disini masing masing bawa masalah harian, bawa pujian, bawa semangat lantas dilontarkan dalam cakap. Dan ini bukan bermaksud usrah di internet itu tidak bagus, tapi untuk keberkesanan dan pertalian itu, bersua muka adalah perlu. Macam berjumpa tika bercinta. Dan seharusnya ia merapatkan ukhwah dalam kalangan kita. Kalau dalam taman universiti, maka di taman universiti, kalau di kolej ataupun kompleks maka di sanalah dan kalau di Permatang maka disanalah akan terjadinya jalinan ukhwah itu.

Itulah serba sedikit teorinya, menulis memang mudah nak melaksanakan itu susah. Jadi gerak ia dengan perlahan lahan. Kerana dunia sekarang sedang menindas Islam. Siapa pemerintah yang ingin menonjol, cepat cepat dihumban, tidak ada suara pada pihak yang benar. Disini kita dapat membina micro-islam. Bergabung bergabung lantas membentuk atom lalu berlakunya mitosis dimana kromosom itu membiak.

Dan aku dah jumpa satu nama kelab yang cute, dan aku tak tahu kalau mana-mana universiti atau badan dah buat benda ni. UUU ( Usrah dan Ukhwah UiTM) ataupun kelab 3U.


No comments:

Post a Comment